ce citer ce citer

Latest News - 2 0 1 1

Phase 11 - Meniru Kaum Lain

1/2/11

Menyerupai Sesuatu Kaum

Assalamualaikum

Sering kali kita dengar petikan hadis - sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka ia termasuk dikalangan kaum itu, sehinggakan bila kita membuat sesuatu hal ( bukan amalan ibadat ) yang lain sikit dari orang biasa, maka hadis ini lah yang akan diucapkan.


Soalan:


1) Bilakah seseorang itu dikatakan menyerupai sesuatu kaum?


2) Dalam hal2 apakah yang dikatakan menyerupai sesuatu kaum?


3) Bila dan sebab apa ( asbabul wurud ) hadis ini diturunkan?


4) Berapa kali kah i.e.pada insiden-insiden manakah Rasulallah s.a.w mengucapkan hadis ini?


Wassalam.


********************

Bilakah seseorang itu menyerupai sesuatu kaum? Ringkasnya, meniru atau mencontohi sesuatu kaum dari segi penampilan, perilaku, bahkan beriktikad dalam perayaan mereka dan budaya mereka. Berdasar larangan meniru kaum lain daripada Nabi s.a.w, jelas memaparkan hal ini. Termasuklah larangan itu, berdasarkan hadis yang dirujuk oleh sodbaro seperti di bawah;


من تشبه بقوم فهو منهم
Terjemahan: Barangsiapa meniru sesuatu kaum maka dia adalah sebahagian dari mereka

Rujuk: Direkodkan oleh Abu Daud, diriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a, Sunan Abu Daud, no: 4031, Ibn Hibban, no: 437 dalam Bulughul Maram, hadis ini sahih, Zaila’ie dalam Nusub ar-Rayah, 4/347, Haithami, Majmak Zawaid, 10/274, Fathul Bari, Al-Hafidz al-Asqalani, 6/166, 10/282 – darjat hadis: hasan, Al-Albani, Ghayatul Maram, no: 198, darjat hadis: Sahih.


Kemudian datang hadis lain seperti di bawah:



من رضي عمل قوم فهو منهم
Terjemahan: barangsiapa redha dengan perbuatan suatu kaum, maka dia termasuk dari mereka

Rujuk: Subulus Salam, الصنعاني, 4/1477, dari Abu Yu’la.


Hadis ini didhaifkan Al-Albani (lihat: Silsilah Dhaifah, no: 5648, juga dalam Dhaif al-Jami’) sambil mengulas, hadis-hadis lain semakna dengannya mempunyai sanad lebih kuat menunjukkan faedah daripada maksud hadis tersebut. Dalam lafaz tambahan lain, bahawa Ibnu Mas’ud r.a diajak oleh seorang pemuda ke dalam satu majlis, lalu beliau mendengar suara-suara merintih, meratap (dalam kadar melampau) sambil berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, من كثر سواد قوم فهو منهم, - barangsiapa menuruti peratapan satu kaum, dia termasuk dalam golongan mereka, ditambah lafaz - ومن رضى عمل قوم كان شريك من عمل به, - barangsiapa redha dengan perbuatan suatu kaum, maka dia bersubahat dengan mereka yang melakukannya. (rujuk: كشف الخفاء, 2/274, Sakhawi, juga dinukilkan dalam Dirayah, takhrij al-Hidayah dari perkataan gurunya, Ibnu Hajar, 2/267).


Ciri-ciri menyerupai suatu kaum adalah:


1. Merayakan perayaan mereka kerana setiap kaum mempunyai perayaan tersendiri, dan ia amat jelas berdalilkan hadis yang direkodkan Imam Muslim, لكل قوم عيدا وهذا عيدنا – setiap kaum mempunyai perayaan, dan inilah perayaan kita – (Sahih Muslim, no: 892).


2. Meniru budaya & tatacara hidup mereka


3. Meniru perkara khususnya berkaitan dengan simbol agama.


Lihat: Fatawa Islamiah, 1/115.


والله أعلم

dipetik dari ~ http://soaljawabquranhadis.blogspot.com/2009/01/menyerupai-sesuatu-kaum.html

0 comments:

.:Aku.Ceritta.&.Kawan:.

.:Aku.Ceritta.&.Kawan:.
Me & Friend's

Semak Antarabangsa