Detektif Conan (名探偵コナン Meitantei Konan?) merupakan manga dan anime detektif karya Gosho Aoyama yang diterbitkan dalam majalah Shonen Sunday Mingguan sejak 1994. Syarikat Tora Aman menerbitkan komik manga Detektif Conan dalam Bahasa Melayu bagi pembaca Malaysia.
Versi anime dihasilkan oleh Tokyo Movie Shinsha dan telah menayangkan lebih 600 episod siri televisyen yang masih bersiaran di kaca televisyen Jepun dan 14 buah filem telahpun dihasilkan. Di Malaysia, anime ini disiarkan pada hari Sabtu, jam 12.30 tengah hari di TV 3 dan juga di Astro Ceria saluran 611 pada hari Isnin hingga khamis jam 2.00 petang .
Detective Conan |
Filem kesepuluh iaitu, Private Eyes' Requiem telah diumumkan penerbitannya pada 15 Disember 2005 dan telah ditayangkan di seluruh tanah air Jepun pada 15 April 2006, yang buat pertama kalinya berada di kedudukan nombor satu di Jepun dan berterusan buat tiga minggu yang seterusnya. Pada 28 Mei 2006, filem ini telah mengaut $25.8 juta.
Kisah
Pada permulaan cerita, pelajar yang berusia 17 tahun yang bernama Kudou Shinichi telah menjadi budak lalu bertukar nama kepada Edogawa Conan. Shinichi pada mulanya telahpun terkenal sebagai detektif remaja di bahagian timur Jepun (Tokyo). Pada suatu hari, Shinichi pergi ke taman permainan yang bernama "Taman Tropika" bersama Ran Mouri . Dia terlibat dengan kes apabila penunggang roller coaster, Kishida, hilang kepalanya. Dia berjaya menyelesaikan kes tersebut dan ketika kepulangannya, dia menyaksikan satu pertemuan yang berlaku melibatkan sekumpulan lelaki yang memakai pakaian serba hitam. Malangnya, kehadirannya telah diketahui oleh salah seorang daripada mereka dan mereka memukul dan memberinya racun ujian yang bernama Apotoxin-4869 (APTX4869), yang sepatutnya membunuh Shinichi. Walau bagaimanapun, racun itu tidak membunuhnya tetapi sebaliknya, mengecutkan badannya hingga ke saiz pelajar sekolah rendah.
Dengan mengikut nasihat Dr. Agasa Hiroshi, Shinichi menyembunyikan identiti dan kisah sebenar kerana dikhuatiri akan diketahui penjahat berpakaian hitam tadi. Apabila Ran menanyakan namanya, Shinichi terlihat buku karangan Arthur Conan Doyle dan Edogawa Ranpo yang menjadikan namanya "Edogawa Conan." Agasa mengatakan yang "Conan" adalah anak saudaranya tetapi terlalu sibuk untuk menjaganya lalu mencadangkan "Conan" tinggal bersama dengan Ran, yang kemudiannya dipersetujui oleh mereka berdua.
Bapa Ran, Mouri Kogorou juga seorang detektif tetapi tidak begitu cekap. Conan sering menyelesaikan misteri untuknya. Dengan penampilan Conan yang hanya seorang budak, pihak polis jarang pedulikan Conan. Maka, Conan mempergunakan Detektif Mouri dengan menyuntiknya "jarum bius" dan berpura-pura menjadi Mouri dengan menggunakan pengubah suara yang ada di reben lehernya.
Watak utama yang muncul kemudian adalah seperti ibu bapa Shinichi iaitu Yusaku dan Yukiko , Hattori Heiji, pesaing dari Osaka-barat Jepun, Perompak Ganjil (Kaitou Kid/1412), pencipta APTX4869 Shiho Miyano (bergelar "Sherry" dalam kumpulan sindiket hitam tersebut yang turut menjadi kecil selepas mengambilnya sendiri dan tinggal bersama Dr. Agasa dengan nama Ai Haibara), dan ahli kumpulan hitam seperti Gin, Vodka, Tequila, Calvados, Pisco, Vermouth, Kir, Chianti, Köln, dan ketuanya yang misteri.
Detektif Conan mengikut format sastera klasik tentang misteri pembunuhan seperti Kes Bilik Tertutup dan kes dengan suspek yang terhad. Ia juga merangkumkan dan menyimpulkan kes dalam cara yang sama.
Manga juga menyelitkan Ensiklopedia Detektif yang mempunyai banyak watak detektif, misteri, dan sastera jenayah serta filem seperti Sherlock Holmes, Hercule Poirot, Shunsaku Kudo , Kogoro Akechi, Arsène Lupin, Kōsuke Kinda'ichi, Nero Wolfe, Jules Maigret, dan banyak lagi.

1 comments:
agak-agak, bila nak tamat dtktf conan ni ?
Post a Comment