Dulu aku ada seorang rakan sekerja yang mengaku dia seorang lelaki sejati. Nama tipu dia Kunali. Dia cakap dalam bahasa Inggeris sebab dia tak fasih cakap Melayu, "Hey Faizal, real men don't watch Glee". Bagi mereka yang buat-buat tak tahu apa itu Glee, Glee adalah sebuah rancangan televisyen yang memaparkan sekumpulan kanak-kanak sekolah tinggi daripada pelbagai latar belakang dan orientasi seksual yang berbeza. Setiap minggu mereka harus berhadapan dengan masalah sosial remaja berdasarkan skrip yang ditulis di samping menyanyikan lagu-lagu yang relevan dengan situasi. Kembali kepada tajuk di atas, adakah benar dakwaan Kunali yang mengatakan lelaki sejati tidak menonton Glee? Sebagai seorang lelaki yang boleh tahanla kesejatiannya, saya ingin mengupas persoalan ini dengan membuat pendedahan eksklusif mengapa lelaki sejati tidak menonton Glee. Ayuh teruskan membaca.
1) Bimbang dituduh homoseksual oleh lelaki sejati yang lain
Sama seperti Twilight, kita mungkin akan dilabel gay jika kita menonton Glee. Sebenarnya, orang lelaki amat meminati Glee, tetapi oleh kerana reaksi negatif yang diberikan oleh lelaki sejati lain, mereka hanya menyimpan perasaan ingin menonton Glee mereka itu jauh di lubuk hati. Ok mari kita buat satu kajian. Jika anda ambil seorang lelaki yang tidak pernah langsung menonton Glee, kemudian kita suruh dia tengok Glee dan cuba tanya dia siapakah ahli Glee yang merdu suaranya serta memiliki karekter yang menarik, kebanyakan daripada mereka pasti akan menjawab Kurt. Ahah! Adakah anda tahu yang Kurt itu gay di dalam Glee dan gay sejati di luar sana? Maka secara serta-merta kita pun akan dilabel sebagai gay sebab kita minat kat Kurt. Padahal kita memang sukakan buah dada dan bukan buah zakar.
Mentaliti sebeginilah yang menyebabkan ramai lelaki tidak boleh (bukan tidak mahu) menonton Glee. Lagipun kalau kat pergi minum dekat mapley, lepastu kat projektor tengah tunjuk perlawanan bola sepak Liga Inggeris. Lepas tu kau pergi pulak cakap kat mamak tu kuat-kuat "Ane, bukak Star World la kasi tengok itu Glee". Suasana tiba-tiba menjadi sepi. Anda pandang sekeliling, semua orang lelaki sedang merenung tajam terhadap anda. Dalam minda mereka semua bertanya, "Adakah anda ini homoseksual?"
2) Berjiwa rok n roll
Sebagaimana yang kita tahu, setiap minggu adik-adik Glee akan menyanyikan lagu daripada pelbagai artis dan genre. Daripada Britney Spears, AC/DC, hinggalah ke Billy Joel, semuanya mereka cover. Namun begitu, sebelum mereka boleh menyanyikan lagu-lagu daripada artis tersebut, mereka harus meminta izin terlebih dahulu. Macam nak bersetubuh dengan isteri, kenala minta baik-baik tak boleh main toron je nanti masuk Harian Metro pulak sebab 'rogol' isteri. Entah apa apa analogi yang aku guna. Anyway, pencipta Glee Ryan Murphy pun cubalah minta lagu kat artis-artis rok seperti Slash dan Kings of Leon, tapi diorang tak mahu beri. Si Ryan ni pun dah terguris hati mulalah meroyan cakap artis-artis itu semua bangang sebab tak nampak pengaruh Glee terhadap industri muzik.
Langsung Dave Grohl dari Foo Fighters pula melenting melihat rakan minum di kopitiam mereka dicaci. Dave pun maki la balik Ryan, "Hey Ryan, **** suck **** ****** **** my ****** *** *********chocolate ***** salty ********* *** ******* balls...." Aku terpaksa letak *** sebab Dave mencarut-carut. So secara tak langsung, peminat muzik yang meminati muzik rok yang turut meminati artis-artis tersebut akan menyokong artis kegemaran mereka sekaligus memboikot Glee. Lagipun benda yang elok tak perlulah hendak dibaiki bukan? Orang lelaki yang berjiwa muzik sejati menganggap Glee 'merosakkan' lagu-lagu kegemaran mereka bagi memuaskan kelompok demografi mereka.
3) Tidak memiliki paras rupa mahupun suara yang lunak
Anda mungkin bertanya, apakah revelannya paras rupa dan suara jika mahu menonton Glee? Sangat revelan! Korang mesti tak perasan kan yang aku taip 'revelan' instead of 'relevan' dalam ayat sebelum ni? Fokus please. Anyway, anda mungkin boleh relate dengan mereka sebab mereka pun pelajar biasa, ada masalah percintaan, masalah dengan keluarga, masalah orientasi seksual, masalah ejakulasi pramatang serta masalah-masalah yang diberikan oleh guru pendidikan jasmani mereka. Ok fine, kehidupan mereka mungkin sama dengan anda.
WRONG! Mereka ada dua benda yang anda tidak ada, paras rupa dan suara. Jika anda perasan, ahli-ahli Glee semuanya memiliki paras rupa yang diidamkan manusia serta mampu melepasi audition akademi fantasia tanpa bersusah payah dengan suara mereka merdu walaupun selalu pakai autotune. Anda dahla rupa macam watak cerita Beastly lepastu pulak kalau menyanyi keluar suara macam tengah meneran pagi-pagi. Budak-budak Glee setiap kali ada masalah mereka hanya perlu menyanyi untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Macam Kurt tu, mula-mula dia takut nak mengaku yang dia gay. Lepas menyanyi semua orang terima dia. Anda bagaimana pula? Maka ini boleh menjejaskan keyakinan diri anda. Anda tak yakin yang anda boleh berhadapan dengan dunia. Setiap hari anda meracau-racau teringatkan yang anda tiada paras rupa dan suara untuk menempuh kehidupan yang fana. Maka di atas sebab itu, anda pun tak tonton Glee.
Ya begitulah hasil kajian saya terhadap mengapa orang lelaki tidak menonton Glee. Adakah anda seorang Gleek? Jika anda seorang lelaki dan anda menonton Glee, anda memang bukan lelaki sejati. Anda lelaki metroseksual dan anda ok. DON'T STOP BELIEBING! Eh believing.
0 comments:
Post a Comment