Salam semua dan selamat hari Khamis. =D
di hari Khamis yang mulia ini, saya ingin menceritakan apa yang terjadi di setengah hari khamis (Thursday 1/2). Pagi-pagi buta bangun awal sudah, fikir hari ini kerja tapi still cuti lagi. Ok tidak mengapa, bila bangun tu berjalan keDapur melihat sarapan apa yang ada, tapi si perut ni tak ada hasrat dan nafsu untuk memakan so rata-rata jer lauk dekat dapur tu. Bila tahu hari ini tak berkerja terus bukak televisyen then tonton Phineas and Ferb, huhuhu. Fikir-fikir balik kawan saya yang bekerja di MPH dekat Bangsar Village beritahu gaji sudah masuk so time tu juga nak pergi BANK. Maklumklah gaji dah masuk!.
Ingat hari ni nak buat kad ATM sebab senang sikit nak keluar duit tak ada susah-susah ulang alik ke Bank dah lah jauh, tunggu bas berjam-jam. T.T. Sebaik sahaja sampai bank, ambil cek pengeluaran duit, then ambil nombor, tunggu, nak buat kad ATM tetiba MyKad kena reject. Menyusahkan betul. Tak fasal-fasal kena pergi JPN nasib baik dekat jer. (DEKAT LAH SANGAT). Berjalan kaki dalam jam 11 pagi pergi ke JPN nak betulkan MyKad, dah kena bayar RM 10. Aduh. T.T duit terbang lagi.
Sebaik sahaja betulkan MyKad terus naik bas pergi Alamanda.
Sebelum naik bas tu terserempak dengan dua pelancong warga Asing dari Thailand tak silap tanya fasal Bas, berapa tambang, nak pergi sana-sini bagus juga terserempak sebab ia mengasah skill komunikasi English ku. Hehehehe.
Sampai sahaja Alamanda terus pergi kedai HP usya kejap HP terbaru, then pergi kedai Ezzy Video tengok anime dan english latest episode/movie. Sepuluh kali round nak buat pilihan nak beli DVD apa, ingat nak beli yang best-best jer macam komedi/thirller/adventure/romantic. Then tak jumpa apa yang dicari dekat kedai tu, terus pergi Speedy Shop then terjumpa lah anime favorite ku iaitu Detective Conan dan Keroro Gunso! wow! Then perut meragam sebab kata time LUNCH terus pergi ke beli McDonald. Huhuhu. Hari ini duit sudah habis RM50, kalau di ikutkan nak belanja sampai habis duit. Huhuhu.
Ok sekarang cerita fasal movie pulak.
DVD Anime yang ku beli bertajuk
"Detective Conan The Lost Ship in The Sky"
Detective Conan The Lost Ship in The Sky |
CeCiter CeCiter: Episod kali ini memang ada KID yang si pencuri tu. >.< Memang best kalau ada karakter dia. Ok macam ni, Keluarga Suzuki pernah ada musuh nama kumpulan tu Kucing Siam. Then satu malam tu, kumpulan kucing siam pergi merompak serta meletupkan sebuah institusi, kemudian mengambil beberapa racun yang boleh membawa maut.
Sekian-sekian, Sonoko ni ajak Pak Cik Kogoro, Conan, Ran, Kumpulan Detektif Muda, Haibara dan Prof. Agasa untuk menaiki Kapal Belon Udara yang mewah milik keluarga Suzuki. Kapal tu ada bawa berlian yang amat bernilai, dia orang berkumpul dekat situ sebab nak tangkap KID sahaja. Then kapal dia orang didapati tersebar dengan satu virus membunuh ada dalam 2 orang yang terkena termasuk Ran. Tiba-tiba kapal dia orang ni kena serbu dengan Kumpulan Kucing Siam, mereka tawan kapal tersebut letak bom sana sini, tapi dapat diputuskan oleh budak-budak detektif ini...
Ok... "See More" kalau nak tahu lebih lanjut boleh tengok sendiri lah, kalau dicerita dah tak suspen d lah. Hehehehehe. tapi memang top 5 lah beb!
Then Keroro Gunso The Movie 5: Creation! Ultimate Keroro Wonder Space-Time Island!
Keroro Gunso The Movie 5: Creation! Ultimate Keroro Wonder Space-Time Island! |
Siapa minat GUNDAM tu boleh tengok Keroro Movie ini. Memang SMART PULAK!
yang ni malas nak cerita sebab memang lawak habis. HAHAHAHA. memang kelakar tengok KATAK HIJAU ini.
Ok sampai sini sahaja cerita. -Adios- Assalamualaikum.
0 comments:
Post a Comment