DOSA ORANG YANG MENUNAIKAN SOLAT DIHAPUSKAN SEPERTI DAUN YANG GUGUR DARI POHONNYA
Abu Zar RA meriwayatkan bahawa suatu hari, pada musim dedaun sedang berguguran, Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya. Baginda SAW mengambil ranting dari sebatang pohon yang daun-daunnya sudah mulai gugur dengan lebatnya seraya bersabda :
“Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana Allah, dosanya gugur seperti daun-daun yang gugur dari pohonnya ini”.
(Riwayat Ahmad dengan sanad yang hasan).
Ibu selalu berpesan kepada anaknya : " Dekat sekolah belajar rajin-rajin, dengar kata guru, jangan menjawab dan banyak mulut ketika cikgu mengajar."
Bapa selalu berpesan kepada anaknya : " Pergi sekolah jangan nakal-nakal."