Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua rakyat Malaysia!
mengharapkan salji turun sebegini. |
pasti anda tertanya-tanya, kenapa Malaysia tak ada salji?pasti anda pelik kenapa saya tanya soalan bengap macam ini? pasti masa zaman-zaman kanak dahulu anda bertanya kepada ibu bapa anda kenapa salji tak turun di negara kita? pasti anda pernah terbayang kalau Malaysia turun salji, pasti anda mengidam ingin bermain salji bila ia turun di Malaysia.
sebenarnya bukan saja-saja saya nak ajukan soalan macam ini, tapi anda masa kecil-kecil dahulu mesti tertanya-tanya kenapa Malaysia tak ada salji dan kita juga sudah pun belajar kenapa Malaysia tak ada salji.
Soalan: Kenapa Malaysia tak ada salji?
Jawapan: Sebab Malaysia berada di garisan khatulistiwa dan hanya mengalami cuaca lembap dan panas sepanjang tahun. Ini bermakna kita ada dua musim iaitu musim Panas dan musim Hujan.
Soalan: Adakah anda pernah berharap salji akan turun di Malaysia?
Jawapan: Masa kecil-kecil dahulu berharap sangat, sekarang tidak lagi.
Ramai rakyat Malaysia mengharapkan Salji turun di Malaysia, tapi apa respond anda kalau salji betul-betul turun di Malaysia, ini dia ada 10 respond akan kata sebegini.
1. Alamak! kiamat ni kalau salji turun dekat Malaysia.
2. Orang Melayu mana tahan sejuk dah panas pun komplain.
3. Ala, cuaca sejuk ni seronok kalau tidur.
4. Bila salji nak berhenti ni, habis kereta aku.
5. Salji lebat, menghalang lalu lintas, sekejap lagi ribut pulak, habis ditimbuni salji.
6. Disebabkan salji lebat semua penerbangan dibatalkan. Lagi-lagi orang yang nak pergi bercuti.
7. Anak-anak muda Islam akan mengharapkan santa claus datang.
8. Banyak siaran yang mengarut masa musim salji, santa claus tak habis-habis buat kanak-kanak terpengaruh.
9. Akan ramai sambut Christmas.
10. Sekolah cuti disebabkan salji.
Sebenarnya ada banyak lagi, tapi 10 saja aku boleh beritahu. Ok banyak pandangan negatif akan dikeluarkan apabila salji turun. huhuhu.
ok ini sahaja dapat ditulis. adios!