ce citer ce citer

Latest News - 2 0 1 1

Phase 81 - demam BLEACH

5/25/11

Assalamualaikum, salam 1 Malaysia, salam sejahtera dan salam setengah jam. :)

Pagi-pagi ini eloklah kalau kita minum kopi dan makan roti bakar untuk mengalas perut. Huhuhu, ok pagi-pagi sebegini adalah benda nak dicerita dekat korang, ce teka apa aku nak cerita? hahaha, dekat Title atas tu besar-besar tulis demam BLEACH, nak tahu kenapa?

Tak tahulah baru-baru ini aku ada tengok Bleach Episode 90 then time tengok-tengok tu tiba-tiba semangat minat anime aku datang kembali tapi untuk Bleach sahajalah untuk sementara ni. Tahukah anda Bleach adalah anime favorite ku time sekolah dulu, hahahaha <3 <3 <3.

Ok, tapi episod paling best dalam Bleach ni episode Turn Back to The Pendulum, tu best maa, time tu Uruhara masih lagi bergelar shinigami dan taichou aku suka watak fukutaichou dia. hahaha.


Apa-apa pun Bleach still best selepas Naruto. peduli apa aku Bleach tetap best dari Naruto. hahaha, tulah maksud aku. pergh....

inilah Bleach bukan pencuci Bleach :P

HARI : Rabu MASA : 9.48 Pagi

Phase 80 - Apa CER hari ini?

5/24/11

Assalamualaikum semua dan Salam 1 Malaysia. :)
Sudah berapa lama eh tak update blog? (padahal baru berapa minggu). Rasanya macam kejap je masa berlalu pejam celik pejam celik dah masuk ujung bulan 5. Serius memang betul, baru-baru ini gak dalam  beberapa hari yang lepas Glee telah pun buat Konsert Live on Stage di Las Vegas, bila lah mereka nak buat kat Malaysia pulak eh? hehehehehe. Bagi yang duduk di USA dan Europe amat bertuah sebab dapat tengok konsert dia orang secara LIVE, tapi orang tak kisah sebab nanti ada Glee Live 3D dekat Pawagam, hahahahaha :P walaupun dalam keadaan bulan puasa aku tetap nak tengok juga. hehehehe..
dan rasa sekejap sahaja episod Glee bermula semalam tengok-tengok dah nak masuk Final so hari ini last (esok last mengikut waktu GMT) aku harap New Direction akan menang dalam peringkat National.




Boleh Cek disini Tour diaorang http://www.gleetour.com/news/23511

Kalau dalam realiti hidupku Kumpulan kami kalah dalam peringkat Negeri Pertandingan Koir Patriotik, then lepas ini group kami akan ke buat persembahan terbuka di Hari Belia Negara (WAAAH ! Sangat Teruja!) Tak pernah-pernah kami membuat persembahan di orang ramai kali ini kami akan buat. Sangat HAPPY.


JOM Ramai-ramai datang memeriahkan Hari Belia Negara dengan kata lain HIMPUNAN SEJUTA BELIA MALAYSIA.

Phase 79 - Kenapa Malaysia tak ada Salji?

5/9/11

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua rakyat Malaysia!

mengharapkan salji turun sebegini.
pasti anda tertanya-tanya, kenapa Malaysia tak ada salji?pasti anda pelik kenapa saya tanya soalan bengap macam ini? pasti masa zaman-zaman kanak dahulu anda bertanya kepada ibu bapa anda kenapa salji tak turun di negara kita? pasti anda pernah terbayang kalau Malaysia turun salji, pasti anda mengidam ingin bermain salji bila ia turun di Malaysia.

sebenarnya bukan saja-saja saya nak ajukan soalan macam ini, tapi anda masa kecil-kecil dahulu mesti tertanya-tanya kenapa Malaysia tak ada salji dan kita juga sudah pun belajar kenapa Malaysia tak ada salji.

Soalan: Kenapa Malaysia tak ada salji?
Jawapan: Sebab Malaysia berada di garisan khatulistiwa dan hanya mengalami cuaca lembap dan panas sepanjang tahun. Ini bermakna kita ada dua musim iaitu musim Panas dan musim Hujan.

Soalan: Adakah anda pernah berharap salji akan turun di Malaysia?
Jawapan: Masa kecil-kecil dahulu berharap sangat, sekarang tidak lagi.

Ramai rakyat Malaysia mengharapkan Salji turun di Malaysia, tapi apa respond anda kalau salji betul-betul turun di Malaysia, ini dia ada 10 respond akan kata sebegini.

1. Alamak! kiamat ni kalau salji turun dekat Malaysia.
2. Orang Melayu mana tahan sejuk dah panas pun komplain.
3. Ala, cuaca sejuk ni seronok kalau tidur.
4. Bila salji nak berhenti ni, habis kereta aku.
5. Salji lebat, menghalang lalu lintas, sekejap lagi ribut pulak, habis ditimbuni salji.
6. Disebabkan salji lebat semua penerbangan dibatalkan. Lagi-lagi orang yang nak pergi bercuti.
7. Anak-anak muda Islam akan mengharapkan santa claus datang.
8. Banyak siaran yang mengarut masa musim salji, santa claus tak habis-habis buat kanak-kanak terpengaruh.
9. Akan ramai sambut Christmas.
10. Sekolah cuti disebabkan salji.

Sebenarnya ada banyak lagi, tapi 10 saja aku boleh beritahu. Ok banyak pandangan negatif akan dikeluarkan apabila salji turun. huhuhu.

ok ini sahaja dapat ditulis. adios!

What celebrity do you most resemble?

5/8/11

Tom Cruise :P

Ask me anything

Phase 78 - Thursday Half Day.

5/5/11

Salam semua dan selamat hari Khamis. =D

di hari Khamis yang mulia ini, saya ingin menceritakan apa yang terjadi di setengah hari khamis (Thursday 1/2). Pagi-pagi buta bangun awal sudah, fikir hari ini kerja tapi still cuti lagi. Ok tidak mengapa, bila bangun tu berjalan keDapur melihat sarapan apa yang ada, tapi si perut ni tak ada hasrat dan nafsu untuk memakan so rata-rata jer lauk dekat dapur tu. Bila tahu hari ini tak berkerja terus bukak televisyen then tonton Phineas and Ferb, huhuhu. Fikir-fikir balik kawan saya yang bekerja di MPH dekat Bangsar Village beritahu gaji sudah masuk so time tu juga nak pergi BANK. Maklumklah gaji dah masuk!.


Ingat hari ni nak buat kad ATM sebab senang sikit nak keluar duit tak ada susah-susah ulang alik ke Bank dah lah jauh, tunggu bas berjam-jam. T.T. Sebaik sahaja sampai bank, ambil cek pengeluaran duit, then ambil nombor, tunggu, nak buat kad ATM tetiba MyKad kena reject. Menyusahkan betul. Tak fasal-fasal kena pergi JPN nasib baik dekat jer. (DEKAT LAH SANGAT). Berjalan kaki dalam jam 11 pagi pergi ke JPN nak betulkan MyKad, dah kena bayar RM 10. Aduh. T.T duit terbang lagi.
Sebaik sahaja betulkan MyKad terus naik bas pergi Alamanda.

Sebelum naik bas tu terserempak dengan dua pelancong warga Asing dari Thailand tak silap tanya fasal Bas, berapa tambang, nak pergi sana-sini bagus juga terserempak sebab ia mengasah skill komunikasi English ku. Hehehehe.


Sampai sahaja Alamanda terus pergi kedai HP usya kejap HP terbaru, then pergi kedai Ezzy Video tengok anime dan english latest episode/movie. Sepuluh kali round nak buat pilihan nak beli DVD apa, ingat nak beli yang best-best jer macam komedi/thirller/adventure/romantic. Then tak jumpa apa yang dicari dekat kedai tu, terus pergi Speedy Shop then terjumpa lah anime favorite ku iaitu Detective Conan dan Keroro Gunso! wow! Then perut meragam sebab kata time LUNCH terus pergi ke beli McDonald. Huhuhu. Hari ini duit sudah habis RM50, kalau di ikutkan nak belanja sampai habis duit. Huhuhu.

Ok sekarang cerita fasal movie pulak. 

DVD Anime yang ku beli bertajuk
"Detective Conan The Lost Ship in The Sky"

Detective Conan The Lost Ship in The Sky
CeCiter CeCiter: Episod kali ini memang ada KID yang si pencuri tu. >.< Memang best kalau ada karakter dia. Ok macam ni, Keluarga Suzuki pernah ada musuh nama kumpulan tu Kucing Siam. Then satu malam tu, kumpulan kucing siam pergi merompak serta meletupkan sebuah institusi, kemudian mengambil beberapa racun yang boleh membawa maut.

Sekian-sekian, Sonoko ni ajak Pak Cik Kogoro, Conan, Ran, Kumpulan Detektif Muda, Haibara dan Prof. Agasa untuk menaiki Kapal Belon Udara yang mewah milik keluarga Suzuki. Kapal tu ada bawa berlian yang amat bernilai, dia orang berkumpul dekat situ sebab nak tangkap KID sahaja. Then kapal dia orang didapati tersebar dengan satu virus membunuh ada dalam 2 orang yang terkena termasuk Ran. Tiba-tiba kapal dia orang ni kena serbu dengan Kumpulan Kucing Siam, mereka tawan kapal tersebut letak bom sana sini, tapi dapat diputuskan oleh budak-budak detektif ini...
Ok... "See More" kalau nak tahu lebih lanjut boleh tengok sendiri lah, kalau dicerita dah tak suspen d lah. Hehehehehe. tapi memang top 5 lah beb!

Then Keroro Gunso The Movie 5: Creation! Ultimate Keroro Wonder Space-Time Island!

Keroro Gunso The Movie 5: Creation! Ultimate Keroro Wonder Space-Time Island!
Siapa minat GUNDAM tu boleh tengok Keroro Movie ini. Memang SMART PULAK!
yang ni malas nak cerita sebab memang lawak habis. HAHAHAHA. memang kelakar tengok KATAK HIJAU ini.

Ok sampai sini sahaja cerita. -Adios- Assalamualaikum.

Phase 77 - Department??

5/4/11

Hello all's! How are you?. Hope today the best day for all.

Today I want announce to all my follower's I'm going to create department for my blog. Well actually I has a big dream, I dream I would like to establish a local television station. I'm wish to find a partner friend's for manage that Department. I would introduce the motive and why I want establish that department.


TIP'S - Healthy and Social

News - New Information from all the world

MOVIE MAGIC! - New MOVIES released

NIGHTLIGHT MUSIC - New's music and Top Song

AN!ME - The Best Anime 2011

4Muslim - Share the story about Islam and  Hadith

Drama HighLight's - General for all not only Girl


MAY SPECIAL
will start next week

Phase Special HOW TO DOWNLOAD GLEE EPISODE?

Hi All's do you know how to download glee episode or other's drama for free?. It's easy beb! many friend's ask me how to download for free? lol. Ok I will tell you all the tip's how to download ok. It's not only Glee you can download also anime, english drama, movie and many more.

This is are TIP's.

1. Do you know about Filestube?

http://www.filestube.com
2. After you open it, just write the title you want to download it. ex: Glee (Just write Glee). Make sure that files format AVI and New Upload. Look at Date.

Now you can see it
3. Then, please choose filesonic, megashare or megavideo only. You can't trust another link because maybe that link carry the virus. Before you download please scan virus using virus software etc; avira.
Choose the 1st Files.


4. Click DOWNLOAD


4. You can choose High Download and Slower Download. Just wait in 30 Second.


5. Then wait for 30 s. Insert CAPTCHA.


6. After that you can download it.

Just wait until FINISH. Then you can watch that episode.

Phase 76 - Ciri-ciri seorang Stalker's facebook

Ahh Facebook. Semua orang ada akaun Facebook. Tak kiralah adik anda yang masih bersekolah rendah mahupun ibu anda yang mengamalkan gaya hidup yang moden. Oleh kerana semua orang ada akaun Facebook, maka mudahlah kita untuk berkomunikasi, bertukar-tukar pendapat ataupun bercucuk tanam tanpa perlu keluar dari rumah. Namun begitu, Facebook juga dapat mengeluarkan sifat ingin tahu yang tertanam di dalam diri anda, dan sifat ingin tahu itu akan berubah menjadi satu obsession. Bila anda sudah obses, maka anda serta merta akan mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat dengan menjadi sorang stalker di Facebook. Apakah ciri-ciri seorang stalker Facebook? Ayuh teruskan membaca.

1) Anda merupakan pengomen yang pertama dalam SETIAP status yang dipaparkan. Tak kiralah status yang dipos itu merupakan status PMS maki hamun dalam caps lock, status komposer letak lirik lagu Maher Zain, mahupun status AC Mizal yang memberi kata-kata hikmat. Ada sahaja benda yang anda nak komen walaupun langsung tidak relevan dengan hidup anda.

2) Anda menghabiskan masa yang lama memerhatikan gambar gadis-gadis mahupun jejaka di Fesbuk walaupun mereka sekadar kawan kepada kawan anda yang apabila berjumpa akan sekadar cakap hi saja dengan anda. Tetapi anda tanpa segan silu menekan butang 'Like' walaupun itu gambar isteri orang yang sedang bergaya dengan Madela Breast Pump yang baru dibeli. Tak awkward ke begitu? Dalam kes-kes yang ekstrim, anda juga telah 'right click' dan 'save image as' gambar gadis-gadis membuat muncung Megan Fox yang bergaya dengan shawl yang baru diborong daripada Arzu. 

3) Anda sentiasa memerhatikan status 'relationship' seseorang. Contohnya bekas teman wanita anda. Setelah berpisah, jika anda masih belum diunfriend oleh ex anda, anda akan sentiasa memerhatian status perhubungan bekas teman wanita anda di Fesbuk. Naluri seorang lelaki yang diremukkan hatinya adalah, mereka tidak mahu ex mereka bahagia tak kira dengan siapa. Maka melihat kegagalan sesuatu perhubungan adalah merupakan satu perkara yang menyeronokkan buat anda.

4) Anda dapat mengenalpasti pattern penggunaan Fesbuk seseorang itu dengan jayanya. Contohnya, anda tahu gadis yang anda perhatikan itu hanya akan aktif berfesbuk pada pukul 9-5 petang kerana dia bekerja di Putrajaya dengan Kerajaan. Maka bila mangsa anda online, anda telahpun bersedia untuk memulakan aktiviti stalking anda.

5) Anda berpura-pura tidak tahu tentang apa yang berlaku dengan gadis/jejaka yang diperhatikan itu walaupun anda telah membaca setiap status yang dipaparkan. Bukan setakat itu, perbualan 'wall to wall' pun anda baca. Lepas tu bila jumpa secara realiti anda pura-pura tanya "Hey you buat apa malam tadi?" walaupun anda telah melihat gambar mereka menghadiri parti liar harijadi yang mereka tak jemput anda tu.

6) Setelah mengkaji status yang dipaparkan, anda mula merancang untuk bertemu dengan mangsa secara 'tak sengaja'. Contohnya, katalah anda sedang stalk Faizal Rosly di Fesbuk, lepas tu status Faizal Rosly cakap nak pergi solat Maghrib di surau Al-Kauthar. Anda yang tinggal kat Seremban pun bersiap-siap pakai baju Melayu lengkap untuk solat Maghrib di Bangi. Sama juga orang lelaki kalau stalk perempuan. Pergi jogging di tempat yang sama, pergi membeli-belah di Sogo walaupun di Sogo ramai jurujual arbok....lepas tu bila jumpa buat-buat terkejut. Pesanan untuk wanita, jika anda terserempak dengan orang yang sama lebih daripada 3 kali di tempat yang berbeza, itu bukan jodoh, itu tandanya anda sedang distalk. 

7) Seorang stalker yang sejati bersifat paranoid juga. Mereka juga ingin tahu siapa yang stalk mereka. Itu yang diorang pantang kalau diberi peluang untuk melihat 'Who viewed your profile'. Who viewed your profile ni wujud dalam Friendster sahaja. Usah semakkan notification kami dengan invitation sedemikian rupa. Aku nak pergi majlis kenduri kawan-kawan dan aku tak mahu datang majlis 'Who Viewed Your Profile' kalian, melainkan korang ada hidangkan nasi minyak.

8) Anda ada 78 orang mutual friends dengan orang yang anda sedang perhatikan. Mestilah. Kita ingin tahu interaksi orang yang diperhatikan dengan orang lain juga bukan?

9) Ini adalah sifat stalker yang sejati. Kalau anda tak dapat view page bekas teman lelaki / wanita anda, anda akan cipta satu akaun palsu dengan identiti palsu untuk menambah ex anda sebagai rakan agar anda masih dapat lihat bagaimanakah kehidupan ex anda. Anda memang tak mahu dia gembira bukan?

10) Jika anda mengklik artikel ini daripada Fesbuk, tahniah anda baru sahaja membuktikan yang anda ini seorang stalker.

Berdasarkan ciri-ciri yang disebutkan di atas, adakah anda merupakan seorang stalker di Facebook? Jika anda jawab tak, anda memang stalker yang sejati tak mahu identiti diketahui. Jika anda jawab ya, dah agak dah!

Phase 75 - WHAT THE HELL?!


You say that I'm messing with your head 
(yeah, yeah, yeah, yeah) 
All 'cause I was making out with your friend 
(yeah, yeah, yeah, yeah) 
Love hurts, whether it's right or wrong 
(yeah, yeah, yeah, yeah) 
I can't stop 'cause I'm having too much fun 
(yeah, yeah, yeah, yeah) 

You're on your knees, 
beggin' please 
'stay with me' 
But honestly, 
I just need to be a little crazy 

All my life I've been good but now, 
I'm thinking 'What the hell' 
All I want is to mess around, 
and I don't really care about 
If you love me, if you hate me, 
you can't save me, baby, baby 
All my life I've been good but now, 
whoa 'What the hell' 

What, 
What, 
What, 
What the hell 

So what if I go out on a million dates 
(yeah, yeah, yeah, yeah) 
You never call or listen to me anyway 
(yeah, yeah, yeah, yeah) 
I'd rather rage than sit around and wait all day 
(yeah, yeah, yeah, yeah) 
Don't get me wrong, 
I just need some time to play (yeah) 

You're on your knees, 
beggin' please 
'stay with me' 
But honestly, 
I just need to be a little crazy 

All my life I've been good but now, 
I'm thinking 'What the hell' 
All I want is to mess around, 
and I don't really care about 
If you love me, if you hate me, 
you can't save me, baby, baby 
All my life I've been good but now, 
whoa 'What the hell' 

La la la la la la la la, whoa, whoa 
La la la la la la la la, whoa, whoa 

You say that I'm messing with your head 
Boy, I like messing in your bed 
Yeah, I am messing with your head 
When I'm messing with you in bed 

All my life I've been good but now, 
I'm thinking what the hell (what the hell) 
All I want is to mess around and I don't really care about (I don't care about) 
All my life I've been good but now, I'm thinking what the hell 
All I want is to mess around and I don't really care about. (if you love me) 
If you love me (no), if you hate me (no) 
You can't save me, baby, baby (if you love me) 
All my life I've been good but now, whoa, what the hell 

La la, La la la la la la, La la, La la la la la la la

Phase 74 - Why Men Don't Watch Glee?

Dulu aku ada seorang rakan sekerja yang mengaku dia seorang lelaki sejati. Nama tipu dia Kunali. Dia cakap dalam bahasa Inggeris sebab dia tak fasih cakap Melayu, "Hey Faizal, real men don't watch Glee". Bagi mereka yang buat-buat tak tahu apa itu Glee, Glee adalah sebuah rancangan televisyen yang memaparkan sekumpulan kanak-kanak sekolah tinggi daripada pelbagai latar belakang dan orientasi seksual yang berbeza. Setiap minggu mereka harus berhadapan dengan masalah sosial remaja berdasarkan skrip yang ditulis di samping menyanyikan lagu-lagu yang relevan dengan situasi. Kembali kepada tajuk di atas, adakah benar dakwaan Kunali yang mengatakan lelaki sejati tidak menonton Glee? Sebagai seorang lelaki yang boleh tahanla kesejatiannya, saya ingin mengupas persoalan ini dengan membuat pendedahan eksklusif mengapa lelaki sejati tidak menonton Glee. Ayuh teruskan membaca.

1) Bimbang dituduh homoseksual oleh lelaki sejati yang lain

Sama seperti Twilight, kita mungkin akan dilabel gay jika kita menonton Glee. Sebenarnya, orang lelaki amat meminati Glee, tetapi oleh kerana reaksi negatif yang diberikan oleh lelaki sejati lain, mereka hanya menyimpan perasaan ingin menonton Glee mereka itu jauh di lubuk hati. Ok mari kita buat satu kajian. Jika anda ambil seorang lelaki yang tidak pernah langsung menonton Glee, kemudian kita suruh dia tengok Glee dan cuba tanya dia siapakah ahli Glee yang merdu suaranya serta memiliki karekter yang menarik, kebanyakan daripada mereka pasti akan menjawab Kurt. Ahah! Adakah anda tahu yang Kurt itu gay di dalam Glee dan gay sejati di luar sana? Maka secara serta-merta kita pun akan dilabel sebagai gay sebab kita minat kat Kurt. Padahal kita memang sukakan buah dada dan bukan buah zakar.

Mentaliti sebeginilah yang menyebabkan ramai lelaki tidak boleh (bukan tidak mahu) menonton Glee. Lagipun kalau kat pergi minum dekat mapley, lepastu kat projektor tengah tunjuk perlawanan bola sepak Liga Inggeris. Lepas tu kau pergi pulak cakap kat mamak tu kuat-kuat "Ane, bukak Star World la kasi tengok itu Glee". Suasana tiba-tiba menjadi sepi. Anda pandang sekeliling, semua orang lelaki sedang merenung tajam terhadap anda. Dalam minda mereka semua bertanya, "Adakah anda ini homoseksual?"

2) Berjiwa rok n roll

Sebagaimana yang kita tahu, setiap minggu adik-adik Glee akan menyanyikan lagu daripada pelbagai artis dan genre. Daripada Britney Spears, AC/DC, hinggalah ke Billy Joel, semuanya mereka cover. Namun begitu, sebelum mereka boleh menyanyikan lagu-lagu daripada artis tersebut, mereka harus meminta izin terlebih dahulu. Macam nak bersetubuh dengan isteri, kenala minta baik-baik tak boleh main toron je nanti masuk Harian Metro pulak sebab 'rogol' isteri. Entah apa apa analogi yang aku guna. Anyway, pencipta Glee Ryan Murphy pun cubalah minta lagu kat artis-artis rok seperti Slash dan Kings of Leon, tapi diorang tak mahu beri. Si Ryan ni pun dah terguris hati mulalah meroyan cakap artis-artis itu semua bangang sebab tak nampak pengaruh Glee terhadap industri muzik.

Langsung Dave Grohl dari Foo Fighters pula melenting melihat rakan minum di kopitiam mereka dicaci. Dave pun maki la balik Ryan, "Hey Ryan, **** suck **** ****** **** my ****** *** *********chocolate ***** salty ********* *** ******* balls...." Aku terpaksa letak *** sebab Dave mencarut-carut. So secara tak langsung, peminat muzik yang meminati muzik rok yang turut meminati artis-artis tersebut akan menyokong artis kegemaran mereka sekaligus memboikot Glee. Lagipun benda yang elok tak perlulah hendak dibaiki bukan? Orang lelaki yang berjiwa muzik sejati menganggap Glee 'merosakkan' lagu-lagu kegemaran mereka bagi memuaskan kelompok demografi mereka.

3) Tidak memiliki paras rupa mahupun suara yang lunak

Anda mungkin bertanya, apakah revelannya paras rupa dan suara jika mahu menonton Glee? Sangat revelan! Korang mesti tak perasan kan yang aku taip 'revelan' instead of 'relevan' dalam ayat sebelum ni? Fokus please. Anyway, anda mungkin boleh relate dengan mereka sebab mereka pun pelajar biasa, ada masalah percintaan, masalah dengan keluarga, masalah orientasi seksual, masalah ejakulasi pramatang serta masalah-masalah yang diberikan oleh guru pendidikan jasmani mereka. Ok fine, kehidupan mereka mungkin sama dengan anda.

WRONG! Mereka ada dua benda yang anda tidak ada, paras rupa dan suara. Jika anda perasan, ahli-ahli Glee semuanya memiliki paras rupa yang diidamkan manusia serta mampu melepasi audition akademi fantasia tanpa bersusah payah dengan suara mereka merdu walaupun selalu pakai autotune. Anda dahla rupa macam watak cerita Beastly lepastu pulak kalau menyanyi keluar suara macam tengah meneran pagi-pagi. Budak-budak Glee setiap kali ada masalah mereka hanya perlu menyanyi untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Macam Kurt tu, mula-mula dia takut nak mengaku yang dia gay. Lepas menyanyi semua orang terima dia. Anda bagaimana pula? Maka ini boleh menjejaskan keyakinan diri anda. Anda tak yakin yang anda boleh berhadapan dengan dunia. Setiap hari anda meracau-racau teringatkan yang anda tiada paras rupa dan suara untuk menempuh kehidupan yang fana. Maka di atas sebab itu, anda pun tak tonton Glee.

Ya begitulah hasil kajian saya terhadap mengapa orang lelaki tidak menonton Glee. Adakah anda seorang Gleek? Jika anda seorang lelaki dan anda menonton Glee, anda memang bukan lelaki sejati. Anda lelaki metroseksual dan anda ok. DON'T STOP BELIEBING! Eh believing.

Phase 73 - iPod Touch 4Generation

Salam semua,

di hari yang mulia ini, saya ingin memperkenalkan satu alat permain MP3 yang terbaru, tentu anda sudah tahu bukan? sudah di tulis TITLE memang lah sudah tahu. hehe. Sekarang ini sudah zaman MODEN + IT memang patutlah semua orang tahu. Sekarang ini juga ramai remaja-remaja serta orang tua tergila-gilakan produk Apple iaitu iPhone, tambahan pula iPhone 4 kini sudah berada di Pasaran lebih maju daripada iPhone 3G. Selain itu, kini Apple Inc sudah pun melancarkan iPad 2 lagi canggih daripada iPad sebelum ini.


Ok, berbalik kepada tajuk asal gua ingin memperkenal satu pemain Mp3 dan Mp4 yang paling best ia seakan-akan iPhone tapi fungsinya hampir sama, cuma ia tak boleh masuk simcard itu jew. Anda semua mesti sudah tahu iPod Touch lah. 

iPod Touch ini pemain Mp3, Mp4 serta mempunyai WiFi. Selain itu juga, ia mempunyai GPS.!

wow! sangat menarik bukan? iPod Touch 4G ini juga kita boleh menggunakan untuk melayari internet dan juga mempunyai aplikasi menarik seperti aplikasi sosial dan juga game.

Siapa kata iPod Touch tak boleh Call dan SMS? Haha, iPod Touch pun boleh Call dan SMS tau, tapi kenalah ada hubungan WiFi baru boleh Call dan SMS. Tapi yang tak bestnya iPod Touch ni mahal sikit, harga dalam RM839 - RM1199. Bagi yang cukup senang akan cakap murah, bagi yang cukup susah akan cakap mahal. Fahamkan maksud ku?hahaha.

Tahu tak bentuk iPod Touch macam mana? iPod Touch ini juga ada 4 Generasi.

iPod Touch 4G
Harga di Pasaran Malaysia sekarang
RM799 - RM1199

Saiz GB = 8gb, 32gb dan 64gb
Power = 40H (Audio) 7H(Video)
Connectivity = WiFi dan Bluetooth
Camera = Front and Back = 3G Saiz 1280 x 780 dan 980 x 640 px.

if yang sudah ada cuba korang compare kan dengan iPhone. huhu. Tengok mana paling canggih :) ok.

adios!


Phase Special Edition

Who LOVE Glee??


Siapa minat drama muzikal Glee? Sila LIKE blog saya, haha. OK Guy's! Mulai Mei ini, video muzik Glee yang best akan diUpload di MY BLOG. Huhu, tapi hanya untuk diTonton bukan untuk diDownload, nanti tak pasal-pasal Blog aku di Block pula, haha. OK. Start minggu ini video Glee yang terbaik akan diUpload di dalam Blog >.<.


Glee on JAMAL JDIN Blog, ok tak title dia? hehehehe
YEAH, sorakan hip 2x untuk Jamal! Yeah!


Special video for you guy's!
Ok tunggu NEXT WEEK ok!


Phase 72 - Azabnya Api Neraka

ASSALAMUALAIKUM

Sahabat semua...
bacalah....
Ya Allah...
takutnyer...
bacelah sampai habis..
skjap jer..
x sampai 5 minit..pun!!!

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM,
lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami,suami kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & SEMUA ORANG ISLAM dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah danamalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......
AMIN.....

Luasnya Neraka

Yazid Ar Raqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:Jibrail datang kepada Nabi SAW pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w

"'Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya:

"Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar,dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a..w. bersabda:
"Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya:

"Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa,nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya:
 "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya:

"Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)"

Tanya Rasulullah s.a.w.:
 "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail:

"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s.. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w.. sehingga ditanya:

"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya:

"Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda:

"Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya:

"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w.masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

(Dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi:
Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua......
Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP .

Bertanya orang kepada Rasulullah saw :

'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw:

'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'. Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu."

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuhasal diwaktu mati :-

1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Di dalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:

"Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: 'Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. ' Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu dibumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' (SurahAl-Baqarah : 237)Untuk renungan dan amalan bersama ..DOA Nabi Allah Yunus

"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"

.:Aku.Ceritta.&.Kawan:.

.:Aku.Ceritta.&.Kawan:.
Me & Friend's

Semak Antarabangsa